VISITOR'S

Wednesday, 2 November 2016



MUQADDIMAH
ILMU RESAM QURAN

Rasmul qur’an merupakan salah satu bagian disiplin ilmu alqur’an yang mana di dalamnya mempelajari tentang penulisan Mushaf Al-Qur’an yang dilakukan dengan cara khusus, baik dalam penulisan lafaz-lafaznya maupun bentuk-bentuk huruf yang digunakan. Rasimul Qur’an dikenal juga dengan nama Rasm Utsmani.
Tulisan al-Quran ‘Utsmani adalah tulisan yang dinisbatkan kepada sayyidina utsman ra. (Khalifah ke III). Istilah ini muncul setelah rampungnya penyalinan al-Quran yang dilakukan oleh team yang dibentuk oleh Ustman  pada tahun 25H. oleh para Ulama cara penulisan ini biasanya di istilahkan dengan “Rasmul ‘Utsmani’. Yang kemudian dinisbatkan kepada Amirul Mukminin Ustman ra.[16]



PENGERTIAN RASMUL QUR'AN DARI BERBAGAI SUMBER

Rasmul Al-Qur’an atau yang lebih dikenal dengan  Ar-Rasm Al-‘Utsmani lil Mushaf (penulisan mushaf Utsmani) adalah : Suatu metode khusus dalam penulisan Al-Qur’an yang di tempuh oleh Zaid bin Tsabit bersama tiga orang Quraisy yang di setujui oleh Utsman.[1]
            Rasmul al-Qur’an yaitu : Penulisan Al-Qur’an yang dilakukan oleh 4 sahabat yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit, dibantu tiga sahabat yaitu Ubay bin Ka’ab, Ali bin Abi Thalib, dan Utsman bin Affan yang dilatar belakangi oleh saran dari Umar bin Khattab kepada Abu Bakar, kemudian keduanya meminta kepada Zaid bin Tsabit selaku penulis wahyu pada zaman Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam untuk mengumpulkan (menulis) Al-Qur’an  karena banyaknya para sahabat dan khususnya 700 penghafal Al-Qur’an syahid pada perang Yamamah.[2]
 Metode khusus dalam Al-Qur’an yang digunakan oleh 4 sahabat yaitu: Zaid bin Tsabit, Ubay ibn Ka’ab, Ali bin Abi Thalib dan Utsman bin Affan bersama  disetujui oleh khalifah Utsman. Istilah rasmul Qur’an diartikan sebagai pola penulisan al-Qur’an yang digunakan Ustman bin Affan dan sahabat-sahabatnya ketika menulis dan membukukan Al-Qur’an. Yaitu mushaf yang ditulis oleh panitia empat yang terdiri dari, Mus bin zubair, Said bin Al-Ash, dan Abdurrahman bin Al-harits. Mushaf Utsman ditulis dengan kaidah tertentu. Para ulama meringkas kaedah itu menjadi enam istilah, yaitu :
1.      Al–Hadzf (membuang,menghilangkan,atau meniadakan huruf). Contohnya, menghilangkan huruf alif pada ya’ nida’ (يَََآَ يها النا س ).
2.      Al – Ziyadah (penambahan), seperti menambahkan huruf alif setelah wawu atau yang mempunyai hokum jama’ (بنوا اسرا ئيل ) dan menambah alif setelah hamzah marsumah (hamzah yang terletak di atas lukisanwawu ( تالله تفتؤا).
3.      Al – Hamzah, Salah satu kaidahnya bahwa apabila hamzah ber-harakat sukun, ditulis dengan huruf ber-harakat yang sebelunya, contoh (ائذن ).
4.      Badal (penggantian), seperti alif ditulis dengan wawu sebagai penghormatan pada kata (الصلوة).
5.      Washal dan fashl(penyambungan dan pemisahan),seperti kata kul yang diiringi dengan kata ma ditulis dengan disambung ( كلما ).

6.      Kata yang dapat di baca dua bunyi. Suatu kata yang dapat dibaca dua bunyi,penulisanya disesuaikan dengan salah salah satu bunyinya. Di dalam mushaf ustmani,penulisan kata semacam itu ditulis dengan menghilangkan alif,
Contohnya,(ملك يوم الدين ). Ayt ini boleh dibaca dengan menetapkan alif(yakni dibaca dua alif), boleh juga dengan hanya menurut bunyi harakat(yakni dibaca satu alif).

SEJARAH PENGUMPULAN RESAM AL QURAN


    Sejarah pengumpulan meliputi 3 zaman. Pertama zaman Nabi Saw meminta para sahabat menghafaz dan mencatat Al Quran yang telah dihafaz oleh mereka. Tugas Nabi SAW ketika Al Quran diturunkan adalah melakukan kehendak AlQuran iaitu perintah yang terkandung di dalamnya serta menerang dan menghuraikan isi kandungan Al Quran kepada para sahabat. Para sahabat pula bertanggungjawab menghafal apa yang disampaikan nabi kemudian ditulis pada tulang, pelepah tamar, kulit kayu , batu dan sebagainya. Penulisan dan pengumpulan awal AlQuran adalah berasal daripada himpunan para sahabat dan apa yang telah dihafaz oleh mereka.

Pada zaman Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada pengumpulan Al Quran. Di kisahkan pada zaman pemerintahan baginda berlaku beberapa peperangan yang masyhur antaranya peperangan al Yamamah yang diketuai oleh Musailamah Al Khazab ketua golongan murtad yang dipimpinnya selepas kematian nabi SAW. Musailamah adalah seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat pada zaman tersebut. Ketika berlaku peperangan ini jumlah tentera yang diketuai oleh Musailamah adalah sebahagian daripada tentera Islam. Peperangan itu menyebabkan seramai 70 huffaz syahid. Oleh hal demikian, saidina Umar al Khattab mencetus idea kepada saidina Abu Bakar as siddiq untuk membukukan alquran. pada mulanya ditentang keras oleh au bakar keraa dianggapnya bidaah. Memandangkan para huffaz ramai syahid, Abu Bakar as Siddiq terpaksa menerima cadangan umar al khatab kerana risau alquran hilang dan tidak dapat diwarisi. Baginda mengamanahkan kepada Zaid bin Tsabit untuk mengumpukan alquran dibantu sahabat-sahabat yang lain. Maka terhasillah sebuah mushaf Al quran pertama iaitu pada zaman khalifah Abu Bakar as Siddiq.

Pada zaman ketiga iaitu zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. Proses pengumpulan alquran berkembang dengan lebih pesat disebabkan beberapa faktor utama iaitu berlaku perselisihan bacaan antara sahabat akibat perluasan wilayah islam. Baginda mengamanahkan kepada Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Abdul Rahman bin Harith, Said bin al Ash.pengumpulan al quran dan dimushafkan ini mendatangkan banyak faedah iaitu menyatukan umat islam,bacaan dan tertib surah.

Faktor Pengumpulan Al-Quran
1.Perbezaan bacaan pada umat Islam
2.Perbezaan bacaan guru
3.Penulisan Mushaf Khas oleh Para Sahabat

Cara perlaksanaannya:
1. Sahabat salin lembaran utama di rumah Saidatina Habsah r.a iaitu lembaran al Imam setelah Abu Bakar dan Umar wafat.
2. Ambil keputusan dalam mengikut bacaan para huffaz pada zamannya
3. Jika terdapat perbezaan dalam bacaan akan dirujuk dalam dialek Quraisy kerana al quran diturunkan kepada bangsa Quraisy.

Kelebihan resam uthmani:
1. Mudah ingat bentuk bacaan
2. Mengikut sunnah nabi
3. Kedudukan ayat terakhir setiap muka surat adalah teratur
4. Dibaca pelbagai qiraat

Kelemahan resam uthmani:
1.Sukar baca tanpa baris

Syarat sahih sesuatu qiraat:
1. Tepat bahasa arabnya
2. Sahih sanadnya
3. Tepat resam Uthmani

BILANGAN MUSHAF UTHMANI

    Para ilmuan Islam berselisih pendapat dalam menentukan jumlah sebenar mushaf yang dihantar oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a ke negara-negara Islam pada zaman tersebut.

Antara pandangan ulama tentang jumlahnya ialah :

1) Abu Bakr as-Sajastani menyebut di dalam kitab al-Masohif beliau, bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman yang dihantar ke negara-negara Islam ialah tujuh iaitu, sebuah mushaf ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf ke al-Yaman, sebuah mushaf ke al-Bahrain, sebuah mushaff ke al-Basrah, sebuah mushaf ke al-Kufah dan sebuah mushaf disimpan di al-Madinah al-Munawwarah, yang juga dikenali sebagai mushaf al-Imam.

2) Juga di dalam riwayat al-Qurtubi bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. ialah 7. Dikatakan juga jumlah empat buah di mana mushaf-mushaf tersebut turut dihantar ke al-Iraq, al-Syam dan Mesir.

3) Abu Amr al-Dani pula berpendapat bahawa terdapat enam buah mushaf dihantar ke negara-negara Islam iaitu Madinah, Makkah,Kufah,Basrah,Syam dan Iraq.

4) Al-Suyuti pula mengatakan bahawa pendapat yang masyhur dikalangan ulama tentang jumlah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam ialah lima buah, iaitu sebuah mushaf dihantar ke Makkah,Syam,Kufah,Basrah dan Madinah(tidak termasuk Mushaf Imam).


PANDANGAN PARA ULAMA' MENGENAI RASMUL QURAN

Para ulama telah berbeda pendapat mengenai status rasmul Al-Qur’an ini. Sebagian dari mereka berpendapat bahwa rasmul qur’an bersifat tauqifi.yang mana mereka merujuk pada sebuah riwayat yang menginformasikan bahwa nabi pernah berpesan kepada mu’awiyah,salah seorang seketarisnya, “Ambillah tinta, tulislah huruf” dengan qalam (pena), rentangkan huruf “baa”, bedakan huruf “siin”, jangan merapatkan lubang huruf “miim”, tulis lafadz “Allah” yang baik, panjangkan lafadz “Ar-Rahman”, dan tulislah lafadz “Ar-Rahim” yang indah kemudian letakkan qalam-mu pada telinga kiri, ia akan selalu mengingat Engkau. Merekapun mengutip pernyataan Ibnu Mubarak :“Tidak seujung rambutpun dari huruf Qur’ani yang ditulis oleh seorang sahabat Nabi atau lainnya. Rasm Qur’ani adalah tauqif dari Nabi (yakni atas dasar petunjuk dan tuntunan langsung dari Rasulullah SAW). Beliaulah yang menyuruh mereka (para sahabat) menulis rasm qur’ani itu dalam bentuk yang kita kenal, termasuk tambahan huruf alif dan pengurangannya, untuk kepentingan rahasia yang tidak dapat dijangkau akal fikiran, yaitu rahasia yang dikhususkan Allah bagi kitab-kitab suci lainnya”.
Sebagian besar para ulama berpendapat bahwa rasmul qur’an bukan tauqifi,tetapi merupakan kesepakatan cara penulisan yang disetujui oleh ustman dan diterima umat,sehingga wajib diikuti dan di taati siapapun yang menulis alqur’an. Tidak yang boleh menyalahinnya, banyak ulama terkemuka yang menyatakan perlunya konsistensi menggunakan rasmul ustmani.
Dengan demikian, kewajiban mengikuti pola penulisan Al Qur’an versi Mushaf ‘Utsmani diperselisihkan para ulama. Ada yang mengatakan wajib, dengan alasan bahwa pola tersebut merupakan petunjuk Nabi (tauqifi). Pola itu harus dipertahankan walaupun beberapa di antaranya menyalahi kaidah penulisan yang telah dibakukan. Bahkan Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Malik berpendapat haram hukumnya menulis Al Qur’an menyalahi rasm ‘Utsmani. Bagaimanpun, pola tersebut sudah merupakan kesepakatan ulama mayoritas (jumhur ulama).
Ulama yang tidak mengakui rasm ‘Utsmani sebagai rasm tauqifi, berpendapat bahwa tidak ada masalah jika Al Qur’an ditulis dengan pola penulisan standar (rasm imla’i). Soal pola penulisan diserahkan kepada pembaca. Kalau pembaca lebih mudah dengan rasm imla’i, ia dapat menulisnya dengan pola tersebut, karena pola penulisan itu hanya simbol pembacaan, dan tidak mempengaruhi makna Al Qur’an.



Made : ~Syarif Aiman~

No comments: