VISITOR'S

Monday, 23 January 2017

Bab 21, 22, 23, 24 & 25




باب ان ما ولبئس وبئس ما



واقطع معا انّ ما يدعو عندهم   والوصل اثبت في الأنفال مختبرا #
وان ما عند حرف النحل جاء كذا   لبئس ما قطعه حكى الكبرا #

Kalimah      : Pada kalimah (أنّ ما يدعو),(وإن ما عند)
Penulisan    : Abu Amru tulis secara bersambung di dalam mashaf
Al-‘Iraqi, dan pada mashaf lain ditulis dengan terputus pada
Kedua kalimah ini pada setiap tempat, dan dibaca secara
Bersambung pada surah Al-Anfal dan pada surah An-Nahl.
Contoh       : Pada surah Al-Hajj:62, surah Luqman:30 (وان ما يدعون)


قل بئس ما بخلاف ثم يوصل مع   خلفتمونى ومن قبل اشتروا نشرا #

Kalimah      : Pada kalimah (بئسما, ولبئس)
Penulisan    : Dari Hikayat Muhammad bin isa dan yang lain berpendapat
Ditulis dengan terputus pada lima tempat pada surah
Al-Baqarah:109, Al-Maidah:62, Al-Maidah:63, Al-Maidah:79,
Dan Al-Maidah:80.
Dan berkata Abu Amru yang berpendapat dengan menulis secara
Bersambung pada tiga tempat dalam surah Al-Baqarah:90,
Al-Baqarah:93, dan Al-A’raf:150.
Contoh       : Pada surah Al-Maidah:80 (يتولون الذين كفرو لبئس ما)
Pada surah Al-Baqarah:90 (بئسما اشروا)



باب قطع كل ما



وقل أنا كم من كل ما قطعوا   والخلف فى كلما ردوا فشا خبرا #
وكل ما ألقى اسمع كل ما دخلت كل ما جاء عن خلف يلى وقرا #

Kalimah      : Pada kalimah (كل ما)
Penulisan    : Ditulis dengan terputus, manakala Abu Amru berkata
Sebahagiannya adalah ditulis bersambung dan sebahagian
Yang lain ditulis terputus.
Contoh       : Pada surah An-Nisa’ (كل ما ردو إلى الفتنه)
Pada surah Ibrahim (من كل ما سألتموه)
Pada surah Al-A’raf (كل ما دخلت أمة)
Pada surah Al-Mukminun (كل ما امه)
Pada surah Al-Mulk (كل ما ألقى فيها فوج)



باب قطع حيث ما ووصل أينما




وحيث ما فقطعوا فأينما فصلوا   ومثله اينما في النحل مشتهرا #
وخلف فلى سورة الحزاب والشعرا   وفى النساء يقل اوصل معتمرا #

Kalimah      : Pada kalimah (اينما,وحيث ما)
Penulisan    : Abu Amru berpendapat pada kalimah ini dalam surah Al-Baqarah
Ditulis dengan terputus pada semua mashaf.
Contoh       : Pada surah Al-Baqarah:144/150
Penulisan    : Muhammad bin Isa dan Abu Amru perpendapat pada
Kalimah أينما Ditulis dengan bersambung, manakala Al Haraz
Ditulis bersambung pada empat tempat, iaitu pada surah
Al-Baqarah,An-Nahl, As-Syuara’, Al-Ahzab, dan pad surah
An-Nisa’ pula Al Haraz dan yang lainya ditulis tidak bersambung.


باب وصل لكيلا

فى آل عمران والأحزاب ثانيها   والحجّ وصلا لكيلا والحديد جرى #

Kalimah      : Pada kalimah (لكيلا)
Penulisan    : Abu Amru tulis secara sambung pada kalimah (لكيلا) di
Dalam kitab بن قيس الغازى dalam surah Ali Imran.
Dan berkata Muhammad pada kalimah (لكيلا) bersambung
Pada tiga tempat, iaitu pada surah Al-Hajj, surah Al-Ahzab,
Dan surah Al-Hadid.
Contoh       : Pada surah Al-Hajj (لكيلا يعلم), pada surah Al-Ahzab
(لكيلا يكون عليك حرج), pada surah Al-Hadid (لكيلا تأسوا)


باب قطع يوم  هم ووصل  ويكان

فى غافر والذّريات القطع يوم هم   وويكأن معا وصل كما حبرا #

Kalimah      : Pada kalimah (يوم هم)
Penulisan    : Abu Amru berkata pada kalimah (يوم هم) ditulis dengan teputus
Pada dua tempat dan tidak terdapat pada Al-Qur’an kecuali dalam
Surah Al-Ghafir dan surah Az-zariat.
Contoh       : Pada surah Al-Ghafir (يوم هم بارزون)

Pada surah Az-Zariat (يوم هم على النار يفتنون)


Made : Muaz Helmi

No comments: